Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keluarga. Papar semua catatan

Isnin, Januari 4

Penangan Tahun Baru

Setiap kali tahun berganti, secara langsung kita perkatakan tentang azam tahun baru. Dari perspektif Islam, setiap perbuatan itu memerlukan niat. Kadangkala sahaja niat tidak diperlukan contohnya dalam bab-bab perkahwinan dan perceraian. Atas sebab inilah, Islam menganjurkan penganutnya menetapkan niat supaya jelas akan objektif amal perbuatannya nanti.

Tahun Ma’al Hijrah mahupun Tahun Masihi baru sahaja berlalu tidak sampai seminggu. Dalam kemeriahan seluruh umat manusia meraikannya, kedapatan masih ada manusia yang terus dengan ‘tabiat’ yang sama seperti mana mereka meraikannya tahun yang lepas-lepas. Apa yang dimaksudkan di sini ialah perangai segelintir remaja malahan golongan berumur menghabiskan sisa-sisa malam mereka selepas seronok meraikan sambutan ketibaan tahun baru. Buletin Utama contohnya menyiarkan tangkapan khalwat disekitar tiga daerah di negeri Selangor. Tangkapan dibuat sudah pastinya berdasarkan maklumat orang ramai ataupun pegawai terlibat sudah lali dengan taktik anak muda selepas pukul 12 malam.


Hotel murahan, rumah tumpangan dan taman-taman awam yang sunyi menjadi ‘port’ terbaik bagi manusia yang sudah terbiasa dengan ‘tabiat’ buruk ini. Akhirnya ia menjadi  “api dalam sekam”, “gunting dalam lipatan” kepada masalah sosial yang tak berkesudahan. Statistik masalah sosial melibatkan remaja usah ditanya. “Pakcik Google” boleh beri jawapannya.

Bilamana akhbar-akhbar aliran semasa lebih mengagungkan berita politik tak berkesudahan, gosip artis yang sengaja dipanaskan, konsert sambutan tahun baru yang mengujakan, maka hal-hal berkaitan kerosakan akhlak anak muda seperti tiada lagi tempat dalam naskah yang berharga seringgit dua itu. Kalau adapun, hanyalah sebesar kelingking. Padahal yang sebesar kelingking inilah yang perlu diberi perhatian, perlu ditulis dalam-dalam dan perlu diulas sampai malam.

Banyak lagi yang perlu diperbincangkan dan diperbetulkan. Apa yang utama, institusi keluarga perlu diperkukuhkan. Asas kejiranan  perlu dibentuk kembali menjadi masyarakat yang “menjaga tepi kain orang”. Pemimpin berjiwa rakyat perlu maju kehadapan dan diberi peluang bukan ransangan berupa ‘ganjaran’.

p/s – Artikel ditulis hanyalah pendapat peribadi penulis sahaja. Harap maaf kalau ada yang terasa.

Jumaat, Disember 4

Aku Cukup Pelik!

Alhamdulillah. Syukur pada Allah, kite masih lagi dikurnia hayat dan kudrat untuk terus beri'badah kepadaNYA. Hari Jumaat, penghulu segala hari. Ade baiknyer entri kali ni diisi dengan sesi kite sama-sama bermuhasabah diri. Mudah-mudahan kite sentiasa bermuhasabah diri setiap hari dan baiknye sebelum kite melelapkan mate setiap malam.

Sebenarye ape yang ingin disampaikan berkaitan dengan perangai kite yakni manusia. Aku memang suke meneliti gelagat manusia. Selalunya, aku selesa bertemankan isteri memerhati gerak geri manusia. Kami same-same berceloteh akan perilaku manusia yang mane banyak mengundang kepelikkan dalam minda kami berdua. Dari pengguna jalan raye, remaja, pekerja, pelajar dan sebagainya malah tidak ketinggalan diri sendiri yang lemah ini. Jom kite sama-sama telusuri kepelikkan makhluk yang bernama manusia:
  1. Aku cukup pelik bile pemandu F1 kereta main ikut suke suki je masuk simpang tanpa bagi signal..die ingat orang belakang bleh bace minda ker??
  2. Aku cukup pelik bile ade pekerja yang bekerja ikut suke kepala die jer..orang bg nasihat tak mau dengar!!
  3. Aku cukup pelik bile nengok remaja sekarang, macam tak fikir mase depan langsung..enjoy jer tengok..
  4. Aku cukup pelik bile nengok live show kat tv, asyik-asyik muke melayu ajer yang duk giler berebut nak masuk..isk..
  5. Aku cukup pelik bile tengok mak bapak sekarang, isteri dah ok dah, ayu pakai tudung..si suami plak aduhai berseluar pendek..siap pakai gelang besi kat tangan..siaapp bagi anak lelaki pakai sama..aduhaii...
  6. Aku cukup pelik bile bace bab-bab politik malaysia ni..macam semua dah jadi giler kuasa..aduhh...tak kuasa akuu!!
  7. Aku cukup pelik bile tengok kedai mamak asyik penuh dgn umat manusia..kedai melayu teruk sangat ker?? ermmm..
  8. Aku cukup pelik bile pegi kedai makan, pelayan die muke sebet ajer..senyumla sikit cik kak...huuu
  9. Aku cukup pelik bile ade yang jenis spesis suke amik kesempatan bile ade orang belanje, terus dibantainyer byk2..padahal kalau die bayar sendiri..ciput jer lauknyer..agak-agakla kann..huuu
  10. Aku cukup pelik bile sampai jer hujung bulan..mesti orang fikir pasal bile gaji nk masuk...hahahahaha....
Aku yakin, setiap kepelikkan ini ade jawapannya. Ape yang perlu ialah kite tekad memperbaiki diri supaya kite menjadi manusia yang lebih baik dari hari semalam. Pastinya yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu datang dari kelemahan saye jua.

p.s: Anda di alu-alukan untuk tambah senarai kepelikkan di atas mahupun berkongsi ape jua pandangan yang membina.

Isnin, November 9

10 SPM exam tips

Tahun 2000, inilah tahun aku ambil peperiksaan SPM. Dah hampir 10 tahun aku melalui satu perkara yang dilalui oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah baligh berumur 17 tahun dan berkesempatan. Sebab masih ade kat luar sane tu, yang masih lagi buta huruf dan tak berkesempatan untuk melalui pahit manis bergelar pelajar. Jadi, bersyukurlah wahai insan bernama Rakyat Malaysia.

SPM 2009 hanya tinggal lagi 8 hari. Make, sebelum tangan aku ni melalut tak tentu pasal, jom kite same-same 'list'kan ape dia tip-tip penting menghadapi SPM.

10 SPM Exam Tips:
  1. Tahu bila tarikh/jadual exam anda - janganla terkejut. Sebab memang ade jenis spesis yang last minute baru nak tengok jadual periksa diorang. Jadi, langkah pertama ialah pastikan anda tau bile tarikh SPM bermula, pukul berapa, tempatnye di mane, mate pelajaran yang anda amik tuh bile tarikhnye..pendek cerite, ape-ape saje berkaitan jadual pastikan anda tau.
  2. Teruskan belajar dan belajar - ade pepatah mengatakan 'Tuntutlah ilmu dari buaian ke liang lahad'..jadi janganla terpengaruh dengan kate-kate sinis seperti "Woii..dahla tuh..esok nak exam,baru nk studi..mane masuk dlm kepala otak dah""Aku dah ajak join studi group, ngko jual mahal,haa kan dah tensen studi sorang2..dahla weii"..lagi?..lu fikirla sendiri..hahaha..
  3. Sentiasa dekatkan dengan Allah - banyakkan bertaubat, beristighfar, solat hajat jgn lupe (bukan setakat kat sekolah jer buat!), solat wajib lagila jangan diabaikan, berpuase sunat dll..
  4. Buat baik dengan ibu bapa - ini wajib ni macam No.3 tu. Kalau anda selama ni jenis yang asyik nak melawan mak ayah aje, time ni waktu yang terbaik untuk berubah sampai bile-bile. Sebabnye, kalau korang belajar sampai keluar darah ikut hidung sekalipun, bergolek-golek duk menghafal rumus segala bagai tuh TAPI korang masih jugak duk sakitkan hati mak ayah korang..MAKA sia-sialah usaha korang tu. TAK BERKAT pun. Mintak mak ayah DOA moge senang, tenang ajer jawab exam tu nanti.
  5. Buat baik dengan haiwan - habisla kalau anda jenis pembuli haiwan. Kite kene beringat yang haiwan pun ade hati dan perasaan dan juge makhluk Allah yang sentiasa berzikir memujiNYA. Jadi, kalau dah terlanjur sepak terajang si meow tu mase die mintak ikan yang sedap medap tu..pegila cari die dan mintak maaf (aku tak bertanggungjawab kalau ade orang kate korang tak betul..hehe)
  6. Jangan cube buat pandai - maksudnye janganla sesekali pandai nak teka-meneka soalan ape yang keluar exam nanti. Bahaya tu. Persen nak kene memang jauh sangat. Melainkan memang korang dapat soalan bocor @ cikgu korang memang power bab-bab 'spot' soalan exam ni. Maka, pastikan korang dahpun 'cover' topik-topik penting dalam setiap bab tu. InsyaAllah berjaya.
  7. Bijak masa menjawab - bijak memilih soalan semase jawab exam. Contohnya, kalau ada 5 soalan, tapi hanya kene jawab 3 sahaja. Pastikan pilih soalan yang korang lebih tahu walaupun sedikit. Lebih bagus jika soalan tuh ade lagi soalan-soalan pecahan (ade Soalan A, B, C..). Tektik ni mungkin dapat menyelamatkan markah anda dari rugi sepenuhnya jika menjawab soalan yang takde pecahan soalan.
  8. Jawab apa yang ditanya - janganla kite perhabiskan dakwat, kertas A4 hanya kerane kite syok sendiri. Hakikatnya ape yang dikarang/ditulis hanya sedikit menjawab soalan yang ditanye. Pastikan FAHAM soalan betul-betul. BACA soalan berkali-berkali. Dah pasti, baru jawab yer.
  9. Bijak bahagi mase - kene pandai bahagi masa untuk jawab setiap soalan. Kalau yang jenis esei tuh, hadkan mase untuk satu-satu esei. Buat catatan isi ringkas (Pendahuluan, isi-isi,penutup) dan taburkan segala idea bile mengarang. Kalau yang jenis mengira tu, buat yang mane senang dulu, bile anda dah lekat pada satu soalan..jangan panik. Teruskan dulu pada soalan lain. Bertenang ye dik..
  10. Periksa sekali lagi - sebelum hantar kertas jawapan, pastikan semua soalan telah dijawab. Kalau tertinggal yang jenis objektif tu, cepat-cepat amik pensel dan hitamkan saje mane-mane jawapan. Mane tau ade rezeki "Tuah ayam nampak di kaki, tuah kite hanya Tuhan yang tahu". Pastikan 'double check' jawapan anda kalau berkesempatan.
Itu sahaja 10 tips menghadapi peperiksaan. Suke diingatkan bahawe ape jua hasil dari peperiksaan ini, bukanlah bererti satu penamat dalam hidup anda. Kenape? Sebenarnya ianya hanyalah PERMULAAN. Kite mesti berusaha, walaupun sedikit usaha kita..insyaAllah ade ganjarannye. Kalau besar usahanya, insyaAllah besar jue ganjarannya.

Akhirnya, ade satu lagi, kalau mase jawab tuh dah rase panik sesangat, tertekan..bacela Surah Al-Insyirah. InsyaAllah mudah-mudahan dilapangkan hati dan minda. Kepada semua calon-calon SPM 2009 khasnya kepada adikku, Ahmad Hanin di Sekolah Menengah Agama Marang, moge semuanya sentiase sukses dan tenang dalam menghadapi exam ni.

ps: Aku bukanlah seorang guru mahupun pakar motivasi. Berkongsi sekadar yang termampu
ps lagi: Mane yang baik datang dari Allah, yang hina dan kurang dari aku jua.
ps lagi: Kengkawan, jom kongsi lagi tips berkesan bile nak exam nie.


Isnin, Oktober 19

Permata Buat Isteriku

Ya Allah..lamenye aku tak update blog nie. Dah jadik mcam blog berhantu plak. Akhirnya terbuka juga pintu hati nk update balik. Bukannye takde idea, tp mungkin kerana kesibukan dengan beberapa projek baru menyebabkan blog tersayang ni sedikit terabai. Projek ape? Adela..insyaAllah akan aku kongsikan juge nanti dan pasti salah satunya melibatkan peng'upgrade'dan blog percuma kepada blog berbayar. Tandanya memang aku serius dalam dunia blogging nie.

Balik pade tajuk post kali ni 'Permata Buat Isteri'. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat pada Allah atas jodoh aku dengan si dia . Memang terus terang aku cakap yang aku jatuh cinta pandang pertama. Cinta yang tak diundang tiba. Ketentuan Ilahi takdir tersurat cinta kami. Isk, jiwangla plak..hehehe..

Sebenarnye entri kali ini khas untuk isteri tersayang Fiezaradzi, atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang selama ini. Aku memang bersyukur sangat dikurniakan die sebagai teman hidup. Aku lebih terasa bersyukur bile kitorang pi jalan-jalan, shoping ke, makan-makan ke. Kenape? Haa..bukan nak memuji isteri sendiri, tapi aku kekadang tertengok ade jenis isteri yang kan main lagi mintak itu hini ngan si suami. Nampak beg, nak beg. Nampak kasut, nak kasut. Si suami plak nengok pada mukenye cam senyum sumbang ajer..hehe..tp isteri aku ni, bukan tak pernah mintak itu ini, tapi tak pernah mintak benda-benda yang die rase tak perlu pun. Maksudnyer pandai 'Mengukur baju di badan sendiri'..Aku suke dengan ungkapan ni:
Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se sempurna RASULULLAH S.A.W....
Telah ku siapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerna kau isteriku

Nyanyian: Kopratasa
Lirik: Puisi Abdul Aziz H.M

Khamis, September 3

Ramadhan-Elakkan Perkara Ini

Salam Ramadhan. Lame sungguh rasenyer tak coretkan ape2 di sini. Tak tahulah mengape, semacam 'mood' utk menulis dah hilang semenjak due menjak nie. Mungkin ade kaitan dgn gejala kepenatan lepas pindah rumah. Ape-pun, rasenye sempat lagik nak ucap Selamat Berpuase kepada semua rakan-rakan. Ingatlah, bulan Ramadhan ni labih baik dari seribu bulan. Kalau kite fokus beramal soleh dalam bulan nie, InsyaAllah hasilnya kite akan lihat dalam bulan-bulan selepas ni. 

Dalam bulan Ramadhan al-mubarak nie, pasti kite perasan berbondong-bondongla umat Islam pegi masjid nak merebut pahala solat tarawikh. Alhamdulillah. Moge berterusanlah amalan ni. Janganla sebab bulan pose jer kite solat, solat sunat didahulukan, solat wajib dilupekan. Na'uzubillah. Harus diingat juge, dalam kite dok bersemangat p masjid tuh, ade beberape sikap kite, adik-adik kite, anak-anak mahupun kawan-kawan kite yang boleh mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan mahupun boleh menyebabkan kite berdose pulak. Mari kite halusi ape perkare-perkare yang tidak patut kite buat dalam bulan Ramadhan atau di luar bulan Ramadhan tatkala kite ke masjid/surau berterawikh.

1. Suke-suke hati jer berjalan depan orang tengah solat
   Sabda Rasulullah SAW:

‏لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه لكان أن يقف أربعين خيرا له من أن يمر بين يديه قال ‏ ‏أبو النضر ‏ ‏لا أدري أقال أربعين يوما أو شهرا أو سنة

Ertinya : Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang solat itu tahu sebesar manakah dosanya, nescaya ia berhenti menunggu selama lebih 40 (tahun, hari dana bulan) adalah lebih baik dari ia lalu di hadapan orang yang solat itu. (perawi berkata : aku tidak pasti nabi menyebut 40 hari, bulan atau tahun) ( Riwayat Al-Bukhari)

Maka, beringatlah yang perangai kite yang suke-suke hati jer tuh boleh mendatangkan dose pada diri sendiri. 

2. Tak menahan orang yg lalu depan kite mase kite solat

    Rasulullah SAW berkate:

‏إذا صلى أحدكم إلى شيء يستره من الناس فأراد أحد أن يجتاز بين يديه فليدفع في نحره فإن أبى فليقاتله فإنما هو الشيطان

Ertinya : Apabila seorang kamu menunaikan solat dengan telah ada petanda atau penghadang di hadapan kamu dari orang ramai (sebagai isyarat tempat ia solat- ia dinamakan 'sutrah'), tiba-tiba ada orang yang ingin melintas di hadapanmu, hendaklah kamu menahannya dari lalu, sekiranya dia enggan hendaklah kamu lawaninya dengan kuat kerana dia adalah Syaitan.' (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, lafaz di atas riwayat Abu Daud )

Make, jadik kesalahan jugakla bg kite yg tak menahan org yg lalu depan kite tuh. 

3. Tidur semula selepas sahur

Ini memang banyak yang buat.  Firman Allah:

الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأَسْحَارِ

Ertinya : "Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur"  ( Al-Imran : 17 )

Make, selepas makan sahur tuh, marilah kite same-same amik wudhu' kemudian solat buatla solat sunat tahajjud, sunat hajat, solat taubat dll. 

Macam mane? Tu baru 3 perkare, sabenarnya banyak lagik perkare-perkare yang kite perlu elakkan dalam bulan Ramadhan mahupun diluar bulan Ramadhan nie. 

Untuk huraian yang lebih terperinci dan jelas, bolehla ke laman sesawang Ustaz Zaharuddin

Semoge sedikit coretan menyedarkan kite akan kesilapan dan bangkit dengan semangat mahu berubah. Ramadhan datang hanya sekali setahun. Tahun ini pun belum tentu kite sampai ke penghujungnya. Tahun depan? Lagilah tak tahu. Rebutla peluang selagi ade. 

Ramadhan didahulukan, akhirat di utamakan.

Note: Bingkisan ini adalah bersumberkan laman sesawang UZAR. Sile klik SINI untuk artikel penuh. R

Jumaat, Julai 17

Tip untuk Suami?

Alhamdulillah..dapat juge penulis buat sikit bingkisan hari ni. Sempena hari Jumaat penghulu segala hari ni, ade baiknye bingkisan kali ni diisi dengan sedikit cerita tentang perihal peribadi Rasulullah SAW. Jom kite bace, fikir2kan dan lebih penting kite hayatinye..
  1. Kalau ade kain yg koyak, Rasullullah SAW menampalnye sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. ( Kite? Butang tercabut sikit pun, suruh isteri/mak kite jugak ke? )
  2. Baginda SAW memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarganya mahupun untuk dijual. ( Kite? Sikit-sikit..mak..air milooo mak dah buat bluumm? )
  3. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. ( Kite? Bukan nak menolong, amik bantal..lepak depan tv, lpas tuh..kroohhh!! )
  4. Sayidatina 'Aisyah cerita " Nabi kalau ade kat rumah, baginda selalu tolong urusan rumahtangga" ( Kite? Kalau de selalu kt rumah, mcm cacing kepanasan..duduk xkene, berjalan xkene, bukan ape..tgah fikir bile nk cilok kluar nk p pekene teh tarik kt kedai mamak sane tuh! )
Kesimpulan:
Haa..macam mane? Ade perangai/akhlak kite same ngn Rasullullah?
Sama baikkah layanan kite terhadap isteri/mak kite?
Rasullullah dah pun bg contoh teladan yg paling baik, kite sbagai ummatnya..berusahalah mencontohi akhlak Rasullullah yg mulia nie..
Akhirnye, tepuk dada tnyalah iman sendiri..
Selamat Beramal..


Khamis, Julai 9

Taman Asuhan untuk Suami

Ade ke taman asuhan untuk suami?Pelik jer bunyinye kan?Tapi jangan terkejut sebab di Hamburg, Jerman sebuah bar telah dijadikan sebagai sebuah tempat untuk 'parking' para suami. Dengan hanya membayar E$11.80, para isteri boleh meninggalkan suami mereka, seterusnya bolehla mereka pergi membeli belah tanpa perlu mendengar si suami mengeluh, merungut dan membebel. Dengan care ini, agaknyer 'win win situation' la..hehe...si isteri boleh ber'shoping' dengan aman lagi tenang dan si suami pula dapat bersantai, rehat-rehat dengan rakan-rakan yang senasib..isk isk..

Setiap suami yang dihantar ke situ akan diberi lencana (kene tagla kot..kan hilang, naye jer) dan makanan, dua gelas bir serta boleh menonton televisyen. Lebih menarik, dua orang jururawat ditugaskan untuk menjaga si suami nie (mude atau tua tidaklah dpt dipastikan, maybe tuala kot..kalau tak..takkannya si isteri tinggal suami mereka kat situ..hihihi..). 

Lebih menarik, minggu pertama semasa dibuka sudahpun mampu menarik minat 27 orang isteri untuk meninggalkan suami masing-masing di bar tersebut. Pukul 6 petang, barulah si isteri pulang membawa semuatan barang untuk dibawa pulang oleh suami mereka. Terfikirla jugak, siape yang untung sebenarnya? 

Kalaulah ade servis sebegini di Malaysia, apela agaknyer bentuk/servis di tempat asuhan untuk suami malang nie?? 

Ape pendapat anda? Jom kongsi bersama..

Rabu, Julai 1

Setahun yang Lalu

Alhamdulillah. Rasenye ini adalah ungkapan yg paling indah utk penulis ucapkan tatkala tarikh 1 Julai 2009 tibe. Mengenang kembali setahun yg lalu, 1 Julai 2008 sebenarnya telahpun membawa diri penulis ke satu lagi fasa yg lebih mencabar dan semestinya amanah yang bertambah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Setahun yg lalu, pastinya masih segar dlm ingatan, dan tak mungkin melupakan pengorbanan seorang wanita yg bergelar isteri dalam menghadapi saat-saat dan detik menahan kesakitan melahirkan seorang penyeri alam rumahtangga. Benarlah ungkapan
“Syurga itu dibawah telapak kaki ibu”


yang teristimewa

Tiada insan lain yang lebih layak untuk disayangi dan dicintai oleh sang suami melainkan isteri tercinta yang menyabung nyawa melahirkan zuriat pengerat kasih sayang. Sesungguhnya, memerhatikan isteri tercinta menahan kesakitan sebelum waktu kelahiran tiba, adalah suatu perasaan yg sangat sukar untuk diluahkan. Terharu dengan pengorbanan yg isteri lakukan. Sudahlah mengandung selama 9 bulan 10 hari dengan penuh sabarnya, kemudian mengharungi kesakitan yang hanya isteri sahaja yang menanggungnya..memang besar pengorbanan seorang isteri. Memang benar ungkapan
“Sebaik-baik perhiasan adalah wanita/isteri solehah”
Tatkala melihat wajah isteri yang sedikit pucat menahan kesakitan selepas diberi ubat, masih terukir sekuntum senyuman untuk suami. Sukar untuk suami mengerti kesakitan yang sedang ditanggung isterinya. Hanyalah bisikan kata-kata semangat dan doa-doa mampu dijelmakan di saat menunggu detik tibanya kelahiran. Sungguh masih terbayang di fikiran saat dan detik isteri menahan kesakitan.

Sesungguhnya, ade saat dan ketika di mana suami hanya mampu berdiri, berjalan ke sana ke sini, memerhati dari jauh, malahan tidak nampak di mata tetapi tidak putus-putus penuh pengharapan “Ya Allah..Engkau tabahkanlah isteriku..Engkau kuatkan hatinya menghadapi kesakitan ini..Engkau sejahterkanlah isteri dan anakku...” Benarlah jua ungkapan “Penantian itu suatu penyeksaan”.

Penantian yang dilalui dengan penuh kesabaran akhirnya menjelmakan saat kegembiraan yang tak terucap dengan kata-kata. Kelahiran puteri permata hati melenyapkan segala kesakitan yang ditanggung oleh isteri, menimbus keresahan suami, menerbitkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Pengorbanan isteri menghadapi saat-saat getir telahpun bertukar menjadi suatu penghormatan yang besar apabila menjadi seorang MAMA. Kesabaran suami meniti saat-saat sukar menerbitkan tanggungjawab sebagai seorang ABAH.

Setahun telahpun berlalu, puteri permata hati sudahpun pandai memanggil “abah..a..bahh...ma..maaa..’.

Jumaat, Mei 8

Setiap Hari adalah Hari Ibu



Selamat Hari Ibu..
Inilah ungkapan yang biasa didendangkan tatkala bulan Mei menjengah tiba. Walau apapun ungkapan yang diluahkan oleh si anak kepada ibunya, ianya hanyalah untuk menggambarkan satu perasaan kasih dan sayang kepada insan yang telah banyak berkorban jiwa dan raga. Malahan nyawa semasa melahirkan kita. Sedar atau tidak, kita mungkin pernah menyakitkan hati ibu kita. Tapi dengan tenang, jiwa seorang ibu tidak pernah menyalahkan anaknya lantaran kasih sayangnya.Akan tetapi ingatlah pada sabda Rasullullah SAW:
"Redha Allah bergantung kepada redha kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung kepada murka kedua ibu bapa" Riwayat al-Hakim

Bersyukurlah kepada sesiapa sahaja yang masih berpeluang mencium tangan ibunya setiap kali keluar bekerja, paling tidak setiap kali menjelang Hari Raya. Akan tetapi bagi ibu yang telahpun dijemput kembali menghadap Ilahi, hanya susulan Doa mampu dihulurkan buat Ibu tercinta.

Ucapkan kalimah sayang kepadanya selagi Ibu masih mampu mendengarnya.
Ciumlah tangan dan pipinya selagi Ibu mampu menggenggam erat penuh senyuman.
Bertanya khabarlah selagi Ibu masih berdaya.
Hargailah Ibu selagi masih diberi kesempatan.

p.s:Selamat Hari Ibu kepada Ibu tersayang Tuan Normah and my mother in-law
Fatimah Ahmad..I Love You Mama..

Jumaat, April 17

Peribadi Rasulullah

Salam semua..

Adalah diriwayatkan bahawa Al-Hasan bin 'Ali k.w. bercerita: Husain (saudara kandung Hassan): "Aku bertanya kepada bapaku ( 'Ali bin Abi Talib) tentang perilaku Rasulullah SAW kepada sahabat-sahabatnya. Lalu bapaku berkata:
Rasulullah SAW adalah seorang yg bermuka manis, lembut budi pekertinya, tawadhuk, tidak bengis, tiada kasar, tiada bersuara keras, tiada berlaku dan berkata keji, tidak suka mencela dan juga tidak kedekut. Baginda membiarkan (tidak mencela) apa-apa yg tidak disenanginya, tidak menjadikan orang yg mengharapkan pertolongan menjadi putus asa, tidak pula menolak untuk itu.
"Baginda tidak berbicara melainkan pada sesuatu yang diharapkan ada kebaikannya..."(Riwayat At-Tarmizi, al-Syamail al Muhammadiah)
Sesungguhnya benarlah sepertimana yang kite selalu dengar bahawa sifat peribadi Rasulullah seperti Al-Quranul Qarim. Penuh dengan hikmah. Kite hari ini, saye rase kalau kite tgk sekeliling ataupun cukupla sekadar kite jenguk pada diri sendiri sudahpun cukup sebenarnye untuk menilai sejauh mane kite telah lalai dan sedekat mane kite dengan Maha Pencipta mahupun kekasih Allah Nabi Muhammad SAW. Manusia semakin sibuk dengan dunia ciptaannye sendiri. Dunia keseronakan terhadap hiburan yang melalaikan, dunia pekerjaan yang menjerumuska kite ke arah hilangnya harge diri lantaran ikutkan nafsu (rasuah, tidak amanah dsb), dunia pelajar yang sepatutnya dijalani penuh bijaksana akhirnya menjebakkan diri ke lembah kelesuan dek kerana melupakan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pejuang ilmu.

Insan yang tidak berakhlak akan hilang rasa tanggungjawab terhadap diri,
keluarga, dan ummah; seandainya ramai yang berkeadaan demikian,
maka dikhuatiri negara dan ummah akan binasa.

Jumaat, Februari 13

Selamat Pengantin Baru


Alhamdulillah..bersaksikan ijab dan qabul..selamat sudah lagik 2 orang kawan2 kite memasuki satu lagi fasa baru dalam kehidupan..alam rumahtangga..tahniah buat Nizam & Aina serta Zaf dgn pasangannye..moge bahtera rumahtangga yang dibina (bukan terbina)..sentiasa dirahmati Allah jua..sukela ambe nak kongsi bersama satu artikel Rumah Idaman Syurga Impian Suami Teladan yg ambe rase boleh kite amik jadi panduan..mane yang baik,jdikan panduan,mane yang buruk jdikan sempadan..sila download di ruangan Korang Downloadlah..