Rabu, Julai 1

Setahun yang Lalu

Alhamdulillah. Rasenye ini adalah ungkapan yg paling indah utk penulis ucapkan tatkala tarikh 1 Julai 2009 tibe. Mengenang kembali setahun yg lalu, 1 Julai 2008 sebenarnya telahpun membawa diri penulis ke satu lagi fasa yg lebih mencabar dan semestinya amanah yang bertambah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Setahun yg lalu, pastinya masih segar dlm ingatan, dan tak mungkin melupakan pengorbanan seorang wanita yg bergelar isteri dalam menghadapi saat-saat dan detik menahan kesakitan melahirkan seorang penyeri alam rumahtangga. Benarlah ungkapan
“Syurga itu dibawah telapak kaki ibu”


yang teristimewa

Tiada insan lain yang lebih layak untuk disayangi dan dicintai oleh sang suami melainkan isteri tercinta yang menyabung nyawa melahirkan zuriat pengerat kasih sayang. Sesungguhnya, memerhatikan isteri tercinta menahan kesakitan sebelum waktu kelahiran tiba, adalah suatu perasaan yg sangat sukar untuk diluahkan. Terharu dengan pengorbanan yg isteri lakukan. Sudahlah mengandung selama 9 bulan 10 hari dengan penuh sabarnya, kemudian mengharungi kesakitan yang hanya isteri sahaja yang menanggungnya..memang besar pengorbanan seorang isteri. Memang benar ungkapan
“Sebaik-baik perhiasan adalah wanita/isteri solehah”
Tatkala melihat wajah isteri yang sedikit pucat menahan kesakitan selepas diberi ubat, masih terukir sekuntum senyuman untuk suami. Sukar untuk suami mengerti kesakitan yang sedang ditanggung isterinya. Hanyalah bisikan kata-kata semangat dan doa-doa mampu dijelmakan di saat menunggu detik tibanya kelahiran. Sungguh masih terbayang di fikiran saat dan detik isteri menahan kesakitan.

Sesungguhnya, ade saat dan ketika di mana suami hanya mampu berdiri, berjalan ke sana ke sini, memerhati dari jauh, malahan tidak nampak di mata tetapi tidak putus-putus penuh pengharapan “Ya Allah..Engkau tabahkanlah isteriku..Engkau kuatkan hatinya menghadapi kesakitan ini..Engkau sejahterkanlah isteri dan anakku...” Benarlah jua ungkapan “Penantian itu suatu penyeksaan”.

Penantian yang dilalui dengan penuh kesabaran akhirnya menjelmakan saat kegembiraan yang tak terucap dengan kata-kata. Kelahiran puteri permata hati melenyapkan segala kesakitan yang ditanggung oleh isteri, menimbus keresahan suami, menerbitkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

Pengorbanan isteri menghadapi saat-saat getir telahpun bertukar menjadi suatu penghormatan yang besar apabila menjadi seorang MAMA. Kesabaran suami meniti saat-saat sukar menerbitkan tanggungjawab sebagai seorang ABAH.

Setahun telahpun berlalu, puteri permata hati sudahpun pandai memanggil “abah..a..bahh...ma..maaa..’.

1 ulasan:

fieza berkata...

huhu..mmg sungguh..sakit yang sukar diluahkan.. terima kasih sbb sentiasa di sisi & mberi semangat tdk putus2...