Jumaat, Julai 3

Seorang Petani vs Ahli Politik

Dijadikan cerita, sebuah bas yang membawa 20 orang ahli politik, memecut laju menuju ke kawasan kempen pilihan raya. Sampai di kawasan kampung, tiba-tiba.....skreet....GEDEGANG!!! Bas itu terbabas dan melanggar pokok, lalu melambung ke udara, kemudian terhempas semula di atas jalan raya. Bas hancur, kaca bersepah, semua ahli politik itu terbaring di atas jalan dengan badan dipenuhi darah.

Seorang petani tua yang sedang membajak sawahnya ternampak kejadian itu. Disebabkan hanya dia seorang saje yang berada di kawasan terpencil itu, petani tersebut terus membuat lubang besar dengan jentera bajaknya, lalu mengebumikan semua ahli politik tadi.

Keesokan harinya, seorang anggota polis yang lalu di kawasan tersebut ternampak kesan kejadian berkenaan. Dia lalu bertanya kepada petani tua yang sedang sibuk membajak sawahnya.

" Semua mati ke pak cik?" tanya polis tersebut selepas petani itu menceritakan apa yang telah berlaku.

"Sebenarnya encik, ada lima enam orang yang cakap dia orang masih hidup lagi. Tapi encik taulah, cakap ahli poilitik ni bukan boleh percaya sangat pun."

Kesimpulan:
  1. Sentiasalah bercakap benar walaupun ianya pahit.
  2. Tak kirelah siapa kite, setiap percakapan kite akan dipertanggungjawab ke atas kite bile tibe hari perhitungan nanti.
  3. Jangan naik bas dengan ahli politik?? hehehe......


2 ulasan:

azman berkata...

Hahaha klakar en3 ko nie...erm pasal kepercayaan tu...kita manusia biasa bukan Nabi..Nabi sentiasa memaafkan...namun manusia sekali dah terkena maaf bukan mudah untuk diterime...=)

fieza berkata...

hahaa....mmg klakar la..tapi xsemua ahli politik cm2 kot..tah la..kite xleh ckap sesuka ati jer kan....