Selasa, Ogos 4

Politik Melayu - Sekadar Pandangan

Semenjak dua menjak nie, fikiran aku asyik duk terganggu jer dengan macam-macam berita kt sekeliling nie. Mane taknyer, bukak 'paper', asyik-asyik citer pasal politik. Orang ni saman orang tu, orang tu saman orang nie. Fitnah-memfitnah, caci-mencaci, kutuk mengutuk. Rimas betulla. Sesetengah atau mungkin juge kebanyakan orang politik memang suke bile masuk bab tuduh menuduh. Ape dah nak jadik ngan dunia politik sekarang nie.

Politik yang sepatutnya suci lagi murni, laa nie dah jadik haru-biru dek kerana ade ahli politik yang dah pun berlagak macam giler kuasa. Spesis yang dah lame berkuasa, ade yang tak reti-reti nak gune kuasa yang diberi dengan penuh hikmah. Yang jenis spesis baru jer dapat merase berkuasa, dah 'start' nak tunjuk diela yang berkuasa. Dulu mase tak de kuasa, bukan main kutuk orang itu ini, tak reti gune kuase la, salah gune kuasela dan macam-macam lagik. Tapi bile dah berkuasa, die pun same jugak macam yang kene kutuk tadi tu. Ibarat 'Ludah kelangit, kedepekk..kene muke sendiri plak'. Sape yang susah? Tentunya rakyat jelata yang dahpun bagi undi kt die mase PRU hari tu.

Make, barang beringatlah wahai ahli-ahli politik, same ade yang dah lame berkuase ataupun yang baru jer merase berkuase, bahawa kuase yang diberi hanyalah sementara dan amanah yang Maha Kuasa. DIA berikan amanah ini kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Gunakanlah dengan penuh hikmah dan bijaksana demi membantu kesejahteraan ummat dan rakyat jelate. Ketepikanlah mane-mane spesis yang dah rosak, amikla yang bersih. lagi amanah. Ketepikanlah sengketa, amiklah pengajarannye. 'Repair'lah yang mane dah carik, moge perpaduan bertaut kembali. Ingatlah bahawa tiada yang lebih tinggi selain Agama Allah. Jadikanlah Al-Quran dan Sunnah Rasullullah SAW sebagai panduan dan pedoman dalam memikul amanah. InsyaAllah, yang benar tetap akan menemui kemenangan jua. Kalau tidak di dunia, di akhirat sudah pasti kerana janji Allah tetap akan tibe.

2 ulasan:

fieza berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fieza berkata...

saya setuju dengan en3 ni... masing2 rase betul, hakikatnya 2-2 de salah.. jadi, terimalah & perbetulkan untuk masa depan rakyat sejagat & keharmonian ummah..
kepada yang nyokong satu pihak, tanpa rase die tu pun de salah..hentikan lah.. semua manusia de kesilapan.. jadi,2-2 pihak pun de salah..maka sebab itulah, perlunya pembetulan.. jgnkan hanya awak yg betul..org lain salah wpun betul... (da faham ka pe saya cakap...????)