Rabu, Julai 22

Manchester United vs Malaysia 2-0

Sir Alex Ferguson pastinya merasai kehilangan bintang Portugal dalam Jelajah Asia kali ini. Manakan tidak, perlawanan persahabatan dengan sebuah pasukan yang 'rangking'nya lebih jauh lebih rendah tetapi hanya mampu menjaringkan 5 gol sahaja dalam dua perlawanan. Malahan bolos 2 gol kepada skuad bimbingan K.Rajagopal. Namun, perlawanan kali ini pastinya lebih istimewa kerana kelibat pemain baru Manchester United, Michael Owen telah menunjukkan yang dia mampu kembali menyinar selepas lama 'berkubur' di Real Madrid dan Manchester City. 

Apa yang menariknya dalam perlawanan timbal balik ini ialah jumlah kehadiran penonton tidak se'gempak' perlawanan pertama. Al-maklumlah, perlawanan pertama berlangsung pada hari minggu dan pada waktu petang sedangkan yang kedua pada sebelah malam dan pada hari bekerja. Sememangnya rakyat Malaysia lebih pentingkan sayangkan kerjaya masing-masing. Mana tidaknya, harga tiket yang 'berpatutan' mungkin hanya boleh dibeli dua kali oleh peminat yang berduit sahaja. Yang lain-lainnya mungkin menonton di televisyen sahaja.

Apa-apapun, syabas dan tahniah buat skuad Malaysia tercinta bimbingan K.Rajagopal kerana telah memberikan tentangan yang sengit terutamanya dalam perlawanan pertama. Siapa kata Malaysia tak boleh? Skuad Kebangsaan sudahpun buktikan bahawa kalau ada usaha, ada semangat dan ada gaya, sudah pasti peminat bola sepak di Malaysia khususnya tidak lagi memperlekehkan mutu permainan skuad kebangsaan.

Buat K.Rajagopal, teruskan mendidik dan membimbing anak-anak muda untuk membawa medan bola sepak Malaysia lebih baik. Kepada pemain-pemain senior, sememangnya kelibat anda diperlukan untuk memberi aspirasi buat anak-anak muda yang lain. 

MALAYSIA BOLEH!

1 ulasan:

fieza berkata...

nampaknya terpksa ku diamkan diri utk musim ini.. begitukah??