Rabu, Jun 10

Khasiat Sebiji Epal



Anda penggemar buah epal? Tahukah anda, epal ade berapa jenis? Ape khasiatnye? Bingkisan kali ini sudah pastinye berkisar mengenai epal. Sebiji epal yang kite makan setiap hari sebenarnye sudah cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Menerusi penyelidikan, terbukti epal dan jusnya mampu meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung.
Sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor

Mari kite same-same menyelusuri fakta-fakta menarik tentang epal:
  1. Jus epal mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.
  2. Serat epal membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria di dalam usus.
  3. Kandungan asid butrik merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan kanser usus.
  4. Epal kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan 20% serat yang diperlukan oleh kite dalam diet seharian.
  5. Epal juge berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemarkan makanan segera.
  6. Kunyahan epal juge dikatekan mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.
  7. Mengupas kulit epal juge didakwa mampu mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
Wooow..banyak sungguh keajaiban yang DIA selitkan di dalam sebiji epal. Sememangnya DIA Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Untuk bingkisan berikutnya, penulis akan coretkan tentang beberape jenis epal yang popular.

p.s: Pilihlah makanan yang berkhasiat lagi suci untuk diri sendiri dan keluarga kite... :p

1 ulasan:

fieza berkata...

bagusnya epal ni kan..
saya nak tnye la en hafiz..pe beza epal merah & epal hijau selain warnanye?
bagusla..dulu saya suke mkn epal hijau..hihiii..