Jumaat, Jun 12

Cristiano Ronaldo SAH milik Real Madrid


Akhirnya, segala spekulasi perpindahan pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo ke Real Madrid menjadi kenyataan apabila ejennya dan pengurusan Machester United melengkapkan yuran perpindahan termahal 80 juta pound (RM464j). Perpindahan ini dijangka selesai menjelang akhir bulan ini.
Persetujuan itu adalah bersejarah, ia adalah jumlah wang yang besar. Ia amat membanggakan apabila pasukan terbaik dunia mahu anda bermain untuk mereka

Dengan pemergian Cristiano ke Real Madrid, mampukah The Red Devils meneruskan kecemerlangan dalam liga domestik mahupun antarabangsa? Siapa pula yang akan menyarung jersi panas No. 7? Pastinya seseorang yang mampu menyaingi kehebatan Cristiano Ronaldo ataupun David Beckham. Pastinya Sir Alex Ferguson mempunyai congakan strategi yang ampuh untuk lebih menyinar. Perpindahan ini sudah pastinya membuktikan Manchester United mampu terus melakar kejayaan bergaya musim depan tanpa kelibat bintang muda kelahiran Portugal ini. Apa pula pendangan anda?

1 ulasan:

fieza berkata...

pendapat saya la..MU tetap akan jadik juara..hahahaa..nih komen peminat MU sebenarnye.. wpun CR xde kt citu, setia ku tetap pada MU..
maybe AF de perancangan sendiri kot..habis, saper kah bakal gntikan CR nih?saya rasa mgkin AH kot..saper ek..?dgn ketererannya bmain bola sepak di pdg blumpur..ah..hebat la..CR pun xlh wt cmtu..hahhahaaa