Selasa, Jun 16

Perginya Syeikh Dr Fathi Yakan


Tarikh 13 Jun 2009, kesedihan melanda jiwa apabila membaca pemergian seorang tokoh gerakan Islam, ilmuan serta pemikir Islam yang berjasa. Beliau adalah Dr Fathi Yakan, seorang ilmuan yang amat popular dengan buku beliau "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam).

Kunjungan ‘kematian' kerap datang secara tiba-tiba. Ada yang berpendahuluan terlantar di hospital, dan ada pula yang tidak berpendahuluan (meninggal di tempat kejadian).
Perlulah diingat bahawa jika kita ingin menghargai jasa dan usaha seseorang tokoh, bukanlah dengan menggantung gambarnya di rumah, memaparkan gambarnya di sana sini. Itu bukanlah cara yang disaran oleh Rasulullah s.a.w, namun cara yang betul adalah dengan menghidupkan usahanya, menyebarluaskan nasihat dan hasil pemikirannya dengan cara yang terbaik.

Jangan pula cuba beralasan mengatakan dengan gambar memberikan inspirasi, kerana jika itu benar lagi tepat, tentunya Nabi s.a.w akan menyuruh para pelukis di zaman itu untuk melukis wajah baginda untuk diedar buat para sahabat dan tabien sebagai ingatan kepada diri baginda dan Islam. Namun itu tidak berlaku, Islam bukan sebuah agama yang membenarkan patung sebagaimana dunia bukan Islam di barat terlalu ‘gila' membuat patung tokoh mereka.

Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti.
Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN.
Sentiasalah berdoa kepada Yang Maha Esa..
"Ya Allah matikan daku dalam keadaan penghujung penuh kebaikan dan janganlah matikan kamai dengan keadaan penghujung yang buruk"
Pengajaran:
  1. Berusaha/bekerjalah sepertimana kita akan hidup selamanya
  2. Beribadatlah sepertimana kita akan mati hari esoknya
  3. Hidup biarlah memberi manfaat bukan mudharat
Sumber artikel: Petikan dari web Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman

Tiada ulasan: