Khamis, Mei 14

Oh! Melayu..apa sudah jadi?

Oh! Melayu..apa sudah jadi dengan bangsa Melayu..adakah Melayu makin hilang di dunia langsung menidakkan ungkapan keramat Pahlawan Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"
Berdasarkan situasi yang semakin mengelirukan dan dikelirukan, perpaduan Melayu yang semakin ketara retaknya makin banyak menimbulkan keresahan dalam diri kita yang masih mengalir darah Melayunya. Tidak perlu rasanya penulis menulis panjang lebar tentang kemelut politik di Perak mahupun gelodak tolakan di Terengganu waima pertembungan kumpulan 'endrogan' dan pro-muqabalah kerana berita sebegini lebih manis dibaca dari web-web yang berselerakan di dunia blogging. Apa yang penulis cuba sampaikan kali ini ialah berita terbaru yang disensasikan oleh Akhbar Harian Metro berkenaan aksi orang Melayu kita yang nampaknya semakin hilang pedoman.
Dilaporkan berlaku di Taiping, didakwa wujudnya aktiviti khurafat di mana segelintir orang Melayu beragama Islam sanggup mengenepikan hukum Allah semata-mata demi mengejar kekayaan yang belum tentu terjamin. Kalaupun terjamin, kerja ini sememangnya terang-terangan menyalahi akidah Islam. Mereka ini dikatakan sanggup membelai dan memeluk babi hutan untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi cabutan nombor ekor.
Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya".
(An Nisaa: 48)

Janganlah kita menggadaikan akidah kita hanya kerana mengejar kemewahan duniawi yang bersifat sementara. Kembalilah kepada Ilahi kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

3 ulasan:

fiezaradzi berkata...

melayu mudah lupa..dan skang makin lupa..lupa akan asal usul.. bile mula bpijak di bumi kemewahan... saya melayu yang bukan mudah lupa..

Hafiz A. berkata...

try test..lau de yg xleh nk bg komen..sayepun rase pelik gak nie..so sye try dulu..tgk kot2 mmg de mslh..

azman berkata...

Oooo camnie nk ulas ek hehe...erm tula klu nk senang cepat mcm2 cara manusia anggup buat tp nikmat dunia yang sedikit nie xdpt beri jaminan syurga Allah yg nikmatnyer berkekalan dan berpanjangan....sama2la kita sentiasa beringat yer...