Rabu, Disember 16

Senarai Pelumba Lotus F1 Malaysia




Teka-teki siapa yang bakal menjadi pelumba bagi Lotus F1 Racing Malaysia sudahpun terjawab semalam bila bekas pemandu Toyota Jarno Trulli, bekas pemandu Mclaren Heikki Kovalainen dan semestinya tak ketinggalan anak muda Malaysia berjiwa kental Faruz Fauzy.

Aku sebelum ini kuat menyokong BMW Sauber-Petronas, tetapi bile PM buat pengumuman yang Malaysia akan ade pasukan F1 sendiri, aku cukup teruja. Orang lain aku tak tahulah, mungkin macam-macam ulasan, pujian malahan tohmahan yang diutarakan atas idea yang aku rase ni cukup berani seolah-olah menguatkan lagi tagline denaihati iaitu "Hidup Berani Untuk Gagal".

Aku sebagai salah sorang peminat F1, memang akan tunggu detiknye bile kereta F1 yang mungkin membawa bendera  Malaysia berkibar megah di litar lumba terutamanya di litar Sepang. Mungkin akan ade manusia-manusia yang berfikir pelaburan yang dibuat adalah suatu pembaziran yang amat. Itu adalah pendapat masing-masingla kan. Aku tak kate aku betul dan korang salah. Cume inilah pendapatku buat mase ini.

Moge semua pihak dalam Lotus F1 Malaysia samada dari peringkat pentadbiran, teknikal mahupun tukang lap kerete F1 mampu membuktikan yang pelaburan ini suatu yang berbaloi untuk dibanggakan. Moge pasukan teknikal anak-anak Malaysia belajar sesuatu yang berharga dalam penglibatan mereka. Janganla nanti ada suara-suara sumbang yang kurang ajar mengatakan sebegini "Buat perabis duit cukai aku ajer". Fikir-fikirlah yer...

p/s - Anda ade pendapat? Kongsikanla..janganla pendam dalam hati dan benak minda sahaje. Berani?



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setujulah dengan pendapat anda. apa guna berpegang pada prinsip Berani Gagal jika tak berani mengetengahkan pasukan F1 kita sendiri. Bab guna duit rakyat tak timbul sangat rasanya sebab hampir keseluruhan kewangan pasukan ni dibiayai AirAsia, Proton dan penaja-penaja lain.

didoakan tahun depan team f1 malaysia dapat tempat yang baik antara senarai pasukan.

fiezaradzi berkata...

moga team 1malaysia formula 1 nih berjaya, paling kurang dpt memulakan aksi dengan baik.. kalau dpt naik podium lagi ku suker..

tapi, kenapa petronas xde join utk team nih ek?bukan pe, petronas kan dh de pengalaman dalam tajaan f1, so, xsalah kot kalau mdptkan pengalaman mereka nih..

hafizmd berkata...

thanks blogresepi n fieza, sudi tinggal komen..

itula..moge f1 malaysia mampu tunjukkan aksi yg garang tahun depan..

arip berkata...

petronas mungkin lebih suke sapot team yg da established..

mungkin klu team nih nampak konsisten n ade prospect tak mustahil mase akan datang petronas sapot.. mane la tau kan..

No HArd FeeLing.. Its Just GoOD BuSiNess..