Khamis, Disember 17

Bola Sepak Akhir Sukan Sea - Malaysia lawan Vietnam

Malaysia lawan Vietnam. Jam 6 petang. Live di RTM 2 & TV3

Kali terakhir skuad Malaysia memenangi pingat emas temasya Sukan Sea pada tahun 1989 di Kuala Lumpur. Maksudnye, sudah 20 tahun Malaysia kempunan merase kehangatan pingat emas dalam acara bola sepak ni. Petang ni, skuad bimbingan K.Rajagopal berpeluang menutup kehampaan 20 tahun kemarau yang tak berkesudahan dalam misi merobek-serobeknye skuad Vietnam.

Jika diimbas kembali perlawanan peringkat kumpulan yang mane pasukan Malaysia tewas 1-2, banyak perkara yang perlu diperbaiki oleh pasukan Malaysia. Itupun jika mereka mahu menang. Antara yang penting, pemain perlu relaks dan cool sepanjang perlawanan jika keputusan pengadil semacam berat sebelah aje. Mungkin adegan menyerang pengadil dalam perlawanan kumpulan berulang kembali. Ibarat lagu popular Tomok 'sejarah mungkin berulang'. Maknanye, pemain kenela kawal emosi dan jangan tepengaruh dengan provokasi pemain lawan.

Mane-mane pemain pun yang dipilih membarisi skuad utama petang ini perlu membalas keyakinan dan pengharapan kami sebagai penyokong setia bola sepak Malaysia. Bermainlah sepenuh hati dan berjuang sehingga wisel penamat. Dipihak penyokong memang kami mahukan kemenangan. Akan tetapi jika sebaliknya, biarlah ianya lebih bermaruah dengan curahan semangat juang yang tinggi. Kalau ditakdirkan kalah sekalipun biarlah dengan mutu permainan yang bagus, kami lebih rela dimadukan dari kalah tapi bermain macam budak-budak.

Ayuh Malaysia, doa kami sentiasa bersamamu. Malaysia Boleh!

p/s - Aku rase Malaysia menang 2-1..yeahhh...


2 ulasan:

armouris berkata...

hati-hati kecederaan semasa bermain bola sepak - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

fiezaradzi berkata...

insyaAllah..jika diizinkan, Malaysia menang..amin...

go malaysia...