Isnin, Disember 14

Malaysia menang - Malaysia 3 Laos 1

Alhamdulillah...Malaysia menang 3-1

Perlawanan separuh akhir antara Malaysia menentang Laos berakhir dengan kemenangan berpihak kepada anak buah K. Rajagopal. Tahniah khas buat pemain-pemain Malaysia yang berjuang bersungguh-sungguh. Perbaiki kelemahan yang masih ade dan teruskan semangat juang yang tinggi bile menentang Vietnam di akhir nanti.

Aku melayan bola sepak di hotel tempat aku menginap sekarang nie. Memang terjerit-jerit aku dibuatnyer bile pasukan Malaysia jaringkan gol. Walaupun kami hanya bertiga, jeritan pontianak keramat kami sudah cukup untuk menggambarkan perasaan sebenar rakyat Malaysia yang masih cintakan bola sepak tempatan.

Tiga gol dari hasil sumbangan Badrol Bakhtiar ( 2 biji) dan Safiq Rahim terus membawa Malaysia melangkah bergaya ke aksi final 17 Disember ini untuk bertemu pasukan Vietnam yang terlebih dahulu membaham Singapore 4-1.

Yang pastinya, jom kita ramai-ramiai terus memberi sokongan yang terbaik pada 17 Disember ini. Pastinya secara LIVE perlawanan akhir Malaysia melawan Vietnam di RTM 2. Ayuh Malaysiaku, MALAYSIA BOLEH!

p/s - Jom jalankan undian anda di sebelah kanan tu yer! thanks..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huh,. gua mmng pminat malaysia,. wlupun skit ati tgok diorg main kdng2,. coz fnishing slalu hampeh,.. cntrol dh bgus,. juz kaki x kuat nk rembat cm rooney mahupun drogba,. time lwan MU dlu pun gua mmberi skongan kuat hehe., tahniah malaysia,.

Tanpa Nama berkata...

buat pminat,. rmai2 g maplay bg sokongan,. jgn asyik lyn EPL ja,,. haha,., -mesiniagas-

fieza berkata...

alhamdulillah..menang jugak malaysia.. tapi main ok la hari tu.. cuma stamina kena kuat lagi.. mcm kuna.. sepanjang games die berlari..

yeah, moga malaysia menang nanti lawan vietnam..