Khamis, Disember 17

Keputusan Malaysia lawan Vietnam - Akhir bola sepak sukan sea

Keputusan Perlawanan Akhir Malaysia Lawan Vietnam Bola sepak sukan SEA

Malaysia 1 lawan Vietnam 0

SYABAS MALAYSIA!
SYABAS K.RAJAGOPAL!
SYABAS RAKYAT MALAYSIA!

Malaysia menang 1-0 ke atas vietnam. Perlawanan yang cukup mendebarkan.
Update ulasan perlawanan akan menyusul..

Update terkini..

Akhirnya penantian selama 20 tahun Malaysia untuk meraih emas pada Sukan SEA tercapai jua. Secara kasarnya, persembahan pasukan Malaysia petang tadi menampakkan sinar bahawa pasukan Malaysia mampu untuk kembali menjadi pasukan yang digeruni di rantau Asia.

Babak pertama menyaksikan Malaysia berjaya menahan asakan bertalu Vietnam yang terdesak mencari gol awal bagi mengurangkan tekanan selaku pasukan pilihan. Pasukan Malaysia sebelum perlawanan lagi sudahpun 'diperlekehkan' oleh jurulatih Vietnam dari Portugal dengan kate-kate sinisnya yang lebih kurangnye berbunyi begini "Nasib baik bukan lawan Thailand"

Nampaknye jurulatih mahupun pemain Vietnam sendiri terpakse berputih mate untuk merebut pingat emas dek kerana pemain Malaysia dari awal lagi menunjukkan tahap kemampuan menyerap tekanan yang amat bagus. Bagi aku, agak sudah lama pemain Malaysia tidak menunjukkan sikap yang tenang bila bertahan. Kekemasan jentera tengah dan pertahanan dilihat sangat membantu barisan hadapan sekali sekala mencari penyudah berkesan.

Babak kedua Malaysia sememangnye lebih mantap dan lebih banyak mengawal bola. Kemasukan Zaquan dan Azmi pada babak kedua seolah-olah memberi tuah apabila lebih banyak gerakan berbahaya yang ditujukan ke arah pintu gol Vietnam. Beberapa percubaan Malaysia hampir sahaja menerjah jaring tetapi kecekapan penjaga gol dan 'bantuan' pemain Vietnam di atas garisan gol menafikan peluang Malaysia untuk mendahului.

Kesilapan terbesar Vietnam dengan membiarkan penjaga golnya yang cedera untuk terus beraksi telah memakan diri. Asakan bertalu Malaysia akhirnya menemui sentuhan emas pada minit ke-85. Tendangan rendah Safiq Rahim yang terbias pada pemain Vietnam suduh cukup memberikan gol berharge yang dicari. Penjaga gol yang sepatutnya sudah berada di bangku pemain simpanan hanya mampu tersenyum terpaku bola menerjah jaring.

Keseluruhannya, mutu permainan pasukan Malaysia menunjukkan peningkatan terutamanya dari segi stamina pemain dan juga ketenangan kawalan bola.

Moge pasukan Malaysia terus mampu mengukir sejarah yang lebih gemilang! Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Ole ole ole ole....


4 ulasan:

RAZIF berkata...

syukur malaysia menang,,,setelah 20thn menanti.inilah hadiah sempena thn baru islam buat pasukan harimau muda.yeahhh...malaysia memang boleh!!

fieza berkata...

tul..tul..tul.. semangat pun nmpak bertambah, bjuang hingga akhir.. cuma suke buang bola, smpai pjaga gol dpt kad kuning... hahaaa.. tektik la tu..

nyway, tahniah buat pasukan bola negara.. game yg menarik, syabas..

azman berkata...

yeah kite kena sokong bola sepak negara kite jgn asyik sokong negara atau kelab luar je...moga satu hari nnt malaysia dpt gi piala dunia...

arip berkata...

ho ho sokong mesia.. cuma bile MU datang mesia je.. sumer sokong MU... kui kui..