Jumaat, Jun 19

Temuduga - Kenapa Gagal?

Bingkisan kali ni, penulis ingin berkongsi sedikit ilmu dan pandangan berkenaan kenapa setiap kali kita menghadiri sesi temuduga berkahir dengan kekecewaan? Adakah kerana CGPA yang rendah? Tiada pengalaman bekerja? Berpakaian tidak sesuai ketika sesi temuduga?
Pandangan dan pendapat penulis adalah berdasarkan pemerhatian, sedikit pengalaman, perkongsian daripada rakan-rakan mahupun bahan-bahan ilmiah yang tak jemu-jemu menunggu kita untuk ditelaah (kite aje yang malas..huhu).

Secara umumnya terdapat beberapa kesalahan berulang yang biase dilakukan oleh kite bile menghadiri sesi temuduga. Antaranya ialah;

1. Kesalahan semasa menjawab soalan ‘ Sila perkenalkan diri anda’.
Biasanya ini adalah soalan pertama penemuduga akan tanya. Bagi yang kurang persediaan ataupun mungkin pengalaman pertama, kemungkinan jawapan adalah seperti berikut:
“ name saye.......asal dr kampung.........anak ke berapa dalam keluarga.....ayah saya kerja.......mak saya kerja.......saya bersekolah di......belum kahwin lagi.....dan bla bla bla....”

Bagi saya, jawapan sebegini secara tidak langsung telah ‘menghapuskan nafsu’ penemuduga. Malah ia menunjukkan ada kekurangan/kelemahan pada cara pemikiran calon (walaupun calon dapat CGPA yg tinggi!). Sepatutnya jawapan calon haruslah lebih fokus kepada hal yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon sahaja.

Seharusnya jawapan calon hanya fokus kepada 3 perkara berikut sahaja iaitu:
  • Tahap kelulusan: bermula dari sekolah menengah dan ke atas. Ceritakan tentang subjek yang diambil yang boleh membantu anda dalam kerjaya yang dipohon.
  • Pengalaman dan kemahiran: ceritakan apa sahaja pengalaman dan kemahiran yang anda miliki untuk meyakinkan penemuduga yang anda mempunyai keistimewaan tersendiri (biarlah berkaitan dengan kerjaya).
  • Tempat kerja sekarang: apa bidang tugas anda sekarang dan bagaimana ia boleh membantu anda jika anda dipilih untuk jawatan yang dipohon.
2. Ketidakmampuan menjelaskan kaitan antara kerja sekarang/subjek dipelajari dengan jawatan yang dipohon.
Sebagai contoh, jika anda ialah seorang lepasan Ijazah Sains Bioteknologi, seharusnya calon mampu menjawab sebarang soalan asas berkenaan teknik fermentasi. calon perlulah membuat sedikit ulangkaji sebelum temuduga untuk menghadapi sebarang soalan sebegini.

Sekiranya anda tidak bekerja, jangan risau, ceritakan ape-ape sahaje pengalaman/kemahiran yang anda miliki. Contohnya jika anda pernah berkhidmat sebagai guru ganti, katakan yang anda telahpun mempunyai pengalaman berurusan dengan orang ramai, menguruskan rekod dan sebagainya.

p.s: Penulis tawakkuf dulu bingkisan kali ini. Sudah tentunya ade sambungannye. Bingkisan seterusnya menjawab persoalan “Kenapa anda masih memohon kerja ini sedangkan anda sudahpun bekerja?”, “Kenapa resume anda kurang memuaskan?”.
p.s.s: Ingin ketahui Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan? Klik SINI
Jumpe lagi yer..

1 ulasan:

fieza berkata...

en hafiz..nk tnye la.. pe citer plak lau mase temuduga bgas gile, tpi bile kerje..1 pun xde...? pe pihak atas lh wt ye?