Rabu, April 22

Pasal minyak

"Pam dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit," demikian dakwa Pengurus Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin.


Begitulah dakwaan yang dibuat oleh beliau. Sememangnya telah menjadi tugas beliau untuk membela nasib pengguna di negara tercinta ini. Walaupun tanpa sebarang bukti saintifik yang menyokong dakwan beliau, tetapi secara ilimiahnya memang wujud faktor proses pengewapan berlaku semasa penggguna mengisi minyak. Ini disebabkan sifat minyak itu sendiri yang mudah meruap.

Ini pula jawapan dari Datuk Zulkifli Mokti, Timbalan Presiden Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM)
"Jika isi minyak RM10, jumlah minyak yang masuk ke dalam tangki kenderaan juga tetap sama seperti bacaan yang ditunjukkan pada pam minyak.


Walauapapun dakwaan dan hujah yang dikemukakan oleh pelbagai pihak samada hanyalah bersandarkan pemerhatian mahupun fakta, yang lebih penting ialah hak pengguna mestilah sentiasa menjadi agenda utama yang mesti dibela. Diharap jangan pula ada pihak yang mengambil kesempatan lantaran kurangnya kesedaran tanggungjawab sebagai pengguna.

Oleh itu, kita sebagai pengguna perlulah bijak dan mengguna hak yang ada pada kita untuk membuat penilaian yang sewajarnya. Jadilah pengguna yang BIJAK bukan DIPIJAK!

p.s : Sila muaturun 20 Cara Jimat Minyak

Tiada ulasan: