Selasa, Mei 4

Kerja sendiri atau makan gaji

Ingin aku lontarkan satu soalan, jika kita diberi pilihan samada bekerja sendiri ataupun bekerja makan gaji dengan kerajaan, mana satu pilihan anda? Kenapa anda memilih jawapan itu?

Baiklah. Andai aku ada pilihan itu, pastinya bekerja sendiri dahpun jadi pilihan utama. Kenapa? Banyak sebablah. Antaranya ialah:

  1. Aku tak perlu sakit telinga dengar itu ini dari bos aku
  2. Aku lebih bermotivasi dan bersemangat nak kerje sebab kalau tak kerja, mana nak bayar itu ini.
  3. Aku lebih-lebih suke kalau ada masa yang lebih, aku peruntukkan untuk famili tercinta.
  4. Tak perlu pening-pening fikir soalan apa yang akan ditanya bila pergi interview.
  5. Tak perlu sakit hati dengan politik pejabat yang kadang-kadang menyesakkan paru-paru comelku
Ini antara sebab kenapa aku suka kerja sendiri, tapi buat masa sekarang, aku masih lagi kerja makan gaji. Jadi masih lagi 'terpaksa' dengar itu dan ini dari boss aku. Yes boss!

Jadi, kalau anda masih lagi belum kerja atau tengah cari kerja, apa kata kongsikan pendapat anda di sini.

p/s - kalau masih tercari-cari panduan untuk pergi temuduga, bolehlah pertimbangkan buku ini iaitu panduan lulus temuduga kerajaan

1 ulasan:

fiezaradzi berkata...

2-2 de baik buruk.. tapi lau kerja sendiri at least leh buat keputusan sndiri, tapi kena tanggung pun sendiri.. hehe