Agak lama saya biarkan blog peribadi ini bersawang tanpa sebarang 'update' sebarang artikel baru. Bukannya apa, saya agak 'sibuk' 'mensetup' dan menguruskan beberapa projek yang perlu belaian yang lebih. Cewah, bunyinya macam projek mega sahaja padahal kecil sahaja. Walaupun mungkin kecil pada pandangan sisi orang lain, ianya tetap satu projek yang saya rasakan cukup besar bagi saya mulai tahun ini. Projek apa ye? Nantila, insyaAllah bila dah ada bibik bibit-bibit cerah dihujung jalan, akan dkongsikan juga.
Haa, kan dah siap satu perenggan. Hehe, sebenarnya saya kekeringan idea buat kesekian kalinya. Biasanya, ada sahaja idea yang datang. Mungkin silap saya juga tidak mencatat apa sahaja idea yang datang. Itula silapnya saya, tidak mengamalkan teknik percambahan idea yang betul. Semenjak dua menjak ni juga, aktiviti saya mengomel tinggal jejak di beberapa blog yang saya cukup suka terpaksa dikurangkan. Antara blog yang saya lawati ialah Blog Rohaizad, Blog Kak Jie, Blog Smartzul. Ini adalah antara blog yang sentiasa menjadi ulam bagi memeriahkan hidup saya. Ada antara mereka yang saya dah jumpa 'face to face' iaitu Saudara Rohaizad dan Saudara Zul. Mereka berdua pada cukup rendah diri, penuh kesopanan, dan bersemangat kental. Berilmu tetapi tidak sedikitpun lokek kedekut berkongsi ilmu malahan pengalaman yang cukup bermakna.
Saya secara peribadi cukup kagum dengan semangat insan-insan seperti mereka ini. Memang kental dan cukup sesuai saya katakan sebagai blogger kental. Kekentalan mereka ini kita boleh lihat dalam usaha mereka memertabatkan dunia blogging Malaysia antaranya melalui Projek terbaru mereka dengan kerjasama Fitrah Media Entreprise iaitu antaranya Radio Internet FuhyooFm. Kalau berminat untuk mengetahui lebih lanjut, bolehla berkunjung ke sana yer. Banyak info yang boleh kita perolehi.
Akhirnya dapat juga saya 'update' blog ni. Siapa cakap nak update blog susah? Sebenarnya kita yang menyusahkannya. Yang pentingnya;
- Pandai merancang masa
- Bila masa sahaja idea datang, cepat-cepat tulis - nanti dah lupa
- Ape lagi yer..tolongla tambah...takkan baca sahaja?
5 ulasan:
idea dtg masa tengah masakla..basuh pinggan la..smpi depan lappy...tetibe hilang..hehe...
ada byk idea dlm draft - kadang2 make up sikit, ejas sana sini - publish
anak2 juga penyumbang idea - mereka pembaca dan pengomen di luar talian.
ada satu topik ni - belum publish - bahan dr angah ttg sekolah
kak jie menulis hal2 yg berlaku dipersekitaran - tidak terlalu personal sbb biaanya diselitkan info
dilot: betul sgt tu..kekadang mase time kite xnak idea dtgla..idea tu nk mencurah-curah..time kite duk pk bgai nk rak..nk dapat 1 pun susah..hehe
kak jie:
1. maksudnyer, kak jie dpt idea, kak jie trus type sikit2 dlm draft ek,pastu ejas2..bgus nie..
2. bgus juge bile ade anak2 yg kuat mengomen nie..hehe
3. bahan dr angah? ape tu yer? tunggu....
thanks dilot n kak jie sudi singgah :D
de bakat menulis, tapi dipendam..hehe.. xpe, mga berjaya dgn projek tuh..
suker gak dengan blog kak jie.. byk info..
terima kasih yer Pn. fieza..bakat sikit2 jer..fieza lagi hebat..lau tak caya..jom pakat p fiezaradzi.com
Catat Ulasan