Sabtu, November 7

Piala Malaysia 2009 - Kelantan vs N9



Akhirnya, penentuan pasukan mane yang paling layak merangkul piala yang paling hampeh berprestij Piala Malaysia akan ditentukan malam ni. Memang semua sudah tahu yang malam nie bukan team Selangor yang berentap.

'The Red Warrior' pastinya nak merase nikmat Piala Malaysia ni, maklumla tak pernah menang sejak lebih 30 tahun lalu. Skuad Hoben Jang Hoben pulak pasti mahu menebus kehampaan selepas gagal dalam misi yang sama beberapa tahun lalu.

Secara kasarnya, aku rase kedua-dua pasukan seimbang dari segenap segi. Skuad N9 pasti lega se lepas pemain pertahanannya dinobat sebagai Pertahanan Terbaik. Ni dah jadi senjata untuk menangkap memerangkap Penyerang Terbaik Indra Putra Mahyudin dari membolosi gawang N9.

Tapi, kite-kite semua nie..layan ke bola sepak tempatan ni?tengok ke live kt tv tuh?kalau korang memang kaki bangku bola,memangla korang tengok..macam akula. Bile ade jer live kat tv tuh..isteri tersayang awal-awal dah buat lawak dengan katenye"Takde can la mlm ni tgk citer lain..hehe"..tp aku takla begitu kurang cerdik,aku layan bola sepak tempatan ni bile pasukan yang main tu ok jer. Kalau main tahap budak-budak, sah-sahla aku tengok siaran lain ajer, lau tak..memang kene kutuk ajer..kesian.

Waima seteruk manepun prestasi bola sepak tempatan laa ni..aku tetap penyokong nombor 1 pasukan Malaysia. Sape lagi la yang nak bagi sokongan, takkan nak harapkan geng-geng indon,myammar,mahupun siam. Kitela yang mereka ade untuk beri sokongan kekadang pandangan mahupun kritikan.

Janganla kite terlalu mengagungkan bola sepak luar tuh sampai lupe diri pasal bola sepak di negara sendiri. Manchester united, arsenal,liverpool,burnley(ade sape sokong?), semuanye takde kaitan pun dengan kite (kecuali memang korang warge kat sane). Jadi, tepuk perut, tanyela selera.


2 ulasan:

fieza berkata...

haha..saya nak sokong penang, tapi....
sokong MU leh..?

arip berkata...

ho ho sokong MU pun bolehh.. tapi kalah gak. huahuahua...