Memaparkan catatan dengan label luahan hari seorang blogger sempoi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan hari seorang blogger sempoi. Papar semua catatan

Jumaat, April 23

Aku dah start kemaruk

Oh! tidak..masuk ke hari ni, dah hampir tiga hari blog selfhosted aku (hafizmohd.com) mengalami masalah yang masih belum selesai. Akupun tak pasti, cumenya yang aku dapat dari email pihak hosting, katanya akaun diserang oleh virus malware. 

Aku bukannye orang bijak pandai IT, lebih-lebih lagi kalau melibatkan benda-benda server merver ni. Cume yang aku herannya, blog aku yg satu lagi, juge duduk dalam akaun yang sama, tapi alhamdulillah tak kene pula. Cukup aku bersyukur, kalau yang itu kene juga, melepaslah beberapa USD..huhu

Sekarang ni, jari-jemari aku yang mulus ni dah mula gatal dan miang..duk tergedik-gedik jer dari semalam. Mane aku nak lepas gian menulis ni..barulah teringat blog lama ni. Apalah aku ni, dah bosan, dah hilang arah tuju, baru carik yang lama. Memang dasar jantan manusia. Bile susah baru carik yang lama, takpun baru fikir mana nak luahkan perasaan. 

Jadinya, ingat yer adik-adik, jangan bile dah susah, dah termengandung, dah terbuang anak, dah tertiarap dalam longkang, baru nak ingat mak ayah ngan keluarga. Fikir masak-masak dulu sampai ranum pun takpe, jangan kite menyesal di kemudian hari..wallah..ape yang aku merepek ni. Macam mak nenek la plak..maafla yer. Ginilah jadinya bile dah kemaruk nak berblogging. 

Bila blog tak boleh nak buka, nak 'blogwalking' ke blog kawan-kawanpun jadik malas. Eceh..padahal takde kaitan pun blog kawan-kawan dengan blog aku..eh..sape kate takde? adela..tanpa kawan-kawan yang sentiasa sudi lapangkan masa datang jenguk blog kite dan tinggal komen..apa makna ade blog tapi takde traffic kawan yang datang? betul tak?

Alamak, sekali lagi dah termembebel..hahahaha..
Okla, cukupla, lega sikit rasa dapat tulis..moge tuan hosting cepat-cepatlah betulkan blog aku tuh. Kalau lagi 2-3 hari..adeh..dah liatlah tangan dan 'mood' nak berblogging ni.

p/s - thanks sudi singgah baca luahan aku ini yang sedikit 'tensen' tunggu blog kembali pulih..korang memang cool.